Tip Penjagaan Komputer & Laptop
( Maaf untuk kesalahan ejaan ' tip ' pada gambar diatas )
Tajuk akan dikemaskini apabila tajuk baru siap ditulis
Note : For English Translation, just click on this link
http://computerick.blogspot.com/2010/05/way-to-protect-your-pc-and-laptop.html
Tajuk 1 : Tips Penjagaan Bateri Laptop
Ringkasan : Mungkin anda merasakan anda telah lakukan yang terbaik untuk menjaga bateri laptop anda. Tetapi banyak perkara yang mempengaruhi ketahanan bateri dan keupayaannya menyimpan tenaga.
Bateri
· Bateri merupakan salah satu bahagian laptop yang agak sensitive dengan hentakan. Simpan dalam bekas yang menyerap hentakan. Jangan membaling atau menghempas bateri dengan sengaja kerana boleh merosakkan bahagian dalam bateri.
· Buka bateri sekiranya anda menggunakan AC Power. Menggunakan AC Power bersama bateri boleh menyebabkan bateri hilang keupayaan menyimpan kuasa dalam masa yang singkat.
· Kekerapan mengecas bateri juga boleh mengakibatkan bateri hilang keupayaan menyimpan kuasa hingga 50 %. Untuk mengelakkan kekerapan mengecas, cas bateri apabila kuasa yang ada dalam bateri kurang dari 10 %. Ini boleh mengurangkan kekerapan mengecas. Tetapi tidak mengapa sekiranya anda ingin mengecas bateri sekiranya bateri masih mempunyai banyak kuasa, cuma lakukan cara ini jika anda jarang menggunakan bateri.
· Bateri boleh rosak sekiranya bahagaian dalam terkena dengan air. Jangan gunakan bateri yang telah terkena air. Ia boleh menyebabkan litar pintas.
· Jangan terlalu kerap mengecas bateri terlalu lama. Setkan masa untuk memastikan anda menutup kuasa AC Power apabila bateri telah habis dicas.
Tajuk 2 : Menjaga Cover ( Badan Laptop )
· Lapkan setiap hari sekali seelok-eloknya. Gunakan kain yang lembut dan bersih dari sebarang benda tajam supaya badan notebook tidak bercalar.
· Jangan sesekali menggunakan cecair seperti air. Polish juga tidak digalakkan kerana sesetengah badan notebook boleh berkulat jika terkena cecair tersebut. Jika menggunakan banyak air untuk mengelap, boleh mengakibatkan air masuk ke dalam peranti melalui lubang-lubang yang terdapat pada notebook.
· Sekiranya ingin menanggalkan benda melekat yang memerlukan air, gunakan air dengan kuantiti yang sangat sedikit. Serapkan air pada kain dan lap sehingga kotoran tertanggal.
· Untuk membersihkan port, gunakan kutip kapas yang bersih. Jangan terlalu agresif semasa membersihkan port kerana boleh menyebabkan kapas melekat pada port.
· Sekiranya terlalu sukar menggunakan kutip kapas, vakum mini usb ada dijual di kedai alat ganti computer. Ianya lebih mudah digunakan. Harga lingkungan RM 15-20 tertakluk pada pengeluar.
· Pastikan tiada sebarang aliran tenaga elektrik semasa kerja-kerja pembersihan dilakukan.
Tajuk 3 : Penjagaan LCD ( Liquid Crystal Display )
Skrin LCD ( Liquid Crystal Display )
· LCD adalah bahagian paling sensitive selain bateri. Elakkan menyentuh LCD dengan tangan kerana boleh menyebabkan Dead Pixels. 1 piksel yang mati boleh menjangkit kepada piksel disekelilingnya menyebabkan bahagian hitam pada LCD membesar. Akhirnya LCD akan rosak.
· Untuk kerja pembersihan, lapkan skrin LCD dengan kain yang lembut dan bersih.
· Elakkan menggunakan laptop ditempat yang berhabuk. Skrin LCD boleh menjadi kotor dan akan menyukarkan kerja pembersihan. Untuk penjagaan yang lebih rapi, beli pelapik skrin LCD di mana-mana kedai computer.
Tajuk 4 : Keyboard Dan Mouse ( Papan Kekunci dan Tetikus )
Keyboard & Mouse ( Papan Kekunci & Tetikus )
· Sekiranya berada dirumah, digalakkan menggunakan papan kekunci dan tetikus usb.
· Jangan menekan kekunci terlalu kuat ataupun agresif. Ingat, kekunci pada laptop tidak sama dengan kekunci yang digunakan pada computer rumah ( home pc ). Kekunci laptop tidak sesuai untuk bermain permainan computer yang memerlukan penggunaan papan kekunci yang kerap. Serupa juga dengan taouch pad ( pad sesentuh ). Kecuali laptop yang direka khas untuk permainan computer ( Gaming Laptop ).
· Gunakan mini vakum untuk membersihkan pad kekunci. Untuk mengelakkan habuk memasuki bahagian papan kekunci, gunakan lapik pad kekunci yang berharga sekitar RM 15 terpulang kepada pengeluar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan