Welcome To CompuTerick

Welcome to Computerick Official Blog. Here is right blog to find games review, problem solving and cheat, software review and trial download, PC / Laptop care tips and problem solving. Check it out !

Khamis, 12 Ogos 2010

REVENGE The Stick Animation By Creative Art Studio - News

Sila semak jadual dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Modelling : 60 % / 100 %
Jalan Cerita : 20 % / 100 %
Skrip : 18 % / 100 %
Animasi : 0% / 100 %
Suara : 5 % / 100 %

Perkembangan semasa akan dicatat kelak.

Majalah PC - Majalah komputer pilihan utama rakyat Malaysia

     Kita sering ketinggalan mengenai perkembangan dunia teknlogi zaman sekarang. Terdapat banyak peranti dan aksesori komputer canggih yang sudah digunakan tetapi tidak pernah lihat sebelum kerana kesukaran mencari sumber ilmiah berbentuk buku. Tidak dinafikan, penggunaan internet di Malaysia sudah meluas. Jadi, perkembangan dunia dapat dicari dengan mudah. Tetapi, adakah semuanya mempunyai internet ? Walaupun mempunyai komputer, ada sebahagian tempat yang tidak mempunyai sebarang talian jalur lebar. Buku jugalah bahan ilmiah yang menjadi santapan mata kita.
    
     Untuk mengetahui perkembangan teknologi komputer terkini, Majalah PC merupakan pilihan utama rakyat di Malaysia. Ia bukan sahaja memaparkan aksesori dan model komputer terbaru, tetapi juga memaparkan peranti digital seperti antivirus dan peranti pelbagai fungsi yang lain. Permainan video terkini juga tidak ketinggalan, kebiasaanya 1 isu memaparkan 3 permainan video untuk komputer. Tidak ketinggalan juga tip-tip penjagaan komputer  yang pastinya menarik perhatian pembaca terutamanya peminat-peminat komputer.

    Soal harga ? Semua orang mampu membelinya. Ia boleh didapati dengan harga RM 4.80 senaskah untuk Semenanjung Malaysia. Manakala untuk buku khas seperti Majalah PC - Teknik Photoshop berharga RM 10.00 . Sangat berbaloi jika dibandingkan dengan isi kandungannya yang menarik. Jadi tunggu apa lagi ? Dapatkan Majalah PC anda sekarang !

Informasi Tambahan : Hanya untuk tujuan pengesyoran. Tidak terlibat dalam mana-mana bahagian Majalah PC. Majalah PC diterbitkan oleh Karangkraf.