+ komputer anda mungkin terdedah kepada pada risiko apabila anda surfing internet atau memindahkan data dari simpanan luaran seperti DVD, CD-ROM, flashdisk, harddisk luaran dan sebagainya nota di bawah ini menunjukkan tanda yang menunjukkan komputer anda telah terpengaruh dengan virus.
-------------------------------------------------------------------
- Komputer menjadi lembab tanpa sebarang sebab munasabah. Komputer boleh menjadi lembab jika terlalu banyak perisian atau storan hampir penuh. Tetapi jika tiada sebab-sebab seperti ini mungkin itu menunjukkan tanda-tanda virus.
- Lampu pemacu keras ( HDD ) menyala secara tiba-tiba walaupun tiada sebarang applikasi atau aktiviti dilakukan pada komputer. Pada waktu ini, kemungkinan besar virus sedang aktif.
- Perisian dan fail yang disimpan dalam storan rosak secara perlahan.
- Pelbagai nota ( pop-up ) pelik muncul melalui tetingkap.
- Fail sistem komputer rosak sedikit demi sedikit.
- Pelbagai masalah start-up seperti skrin hitam atau kosong.
- Kedudukan fail berubah-ubah secara sendiri dan fail yang dibuka tidak sama seperti yang ditunjukkan.
+ Anda digalakkan menggunakan perisian anti virus mengikut kesesuaian dan cara penggunaan komputer anda. Sila rujuk catatan " Perisian anti virus yang sesuai untuk anda "
Tanda-tanda diatas adalah masalah yang pernah dialami oleh penulis sendiri. Dibawah ini adalah sumber alternatif yang diperoleh dari http://www.rahsiasiber.com/tips-siber/tanda-tanda-komputer-kita-dijangkiti-virus
- Perubahan pada saiz fail samada ia menjadi semakin kecil atau besar.
- Perubahan pada tarikh fail walaupun kita tak pernah ubahsuai fail berkenaan.
- Program menjadi semakin perlahan untuk dijalankan. contohnya Program Offices seperti word,excel.
- Sistem operasi komputer menjadi semakin perlahan. Contohnya Windows lambat “loading” dari biasa.
- Ruang cakera keras dan memori menjadi semakin mengecil tanpa diketahui puncanya.
- Munculnya paparan mesej kerosakan yang ganjil.
- Atur cara gagal untuk berfungsi dengan baik.
- Sektor rosak pada cakera dan media storan yang lain misalnya pendrive.
- Sistem Boot gagal untuk berfungsi semasa sistem bermula atau semasa mem”boot” dari pemacu.
- Wujudnya aktiviti ganjil pada cakera keras walaupun kita tidak menggunakannya saat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan